FREE SHIPPING ON ALL ORDERS RM 40 AND ABOVE!

Tip beli winter clothes atau winter jaket untuk baby

Sekarang ni kat Malaysia dah musim tengkujuh. Manakala di negara empat musim pula, dah nak masuk musim sejuk. Kita orang Malaysia yang popular dengan negara yang agak panas, memanglah kita suka travel musim sejuk. Apatah lagi jika tempat yang dituju tu ada salji. Bukan jakun, tapi seronok lah sebab benda baru bagi kita kan. Orang yang dah biasa, memanglah mereka kata biasa je salji. Hihi

Okay, kali ni saya kongsikan tip beli winter jaket untuk baby anda. Saya pun baru beli untuk anak saya sebab tak lama lagi kami akan ke USA. Mana tahu tip ini juga berguna bagi anda yang memang akan melancong pada musim sejuk nanti.

Winter coat atau snowsuit?

Bagi baby yang tak banyak bergerak, senang guna snowsuit je. Cuma, snowsuit dan winter jaket ni masing-masing ada pro dan kontra bagi baby. Kita orang dewasa tak apa lah senang nak pakai dan cabut. Tapi baby tak…

Snowsuit agak tebal, tapi cukup untuk panaskan badan baby anda. Cuma agak susah juga bila nak salin lampin budak tu. Sebab kena cabut semua sekali. Dan kemungkinan untuk tak muat carseat pun boleh jadi juga.

Winter coat atau winter jaket pula senang pakai, senang cabut.

Velcro, button, atau zip?

Kalau ada winter jaket baby yang ada kombinasi 2 jenis tu lagi bagus. Kalau button je bimbang tak cover badan elok. Kalau ada 2 jenis lagi bagus. Kalau ada zip lagi bagus.

Kain bulu, nylon atau polyester?

Yang bulu paling best untuk perangkap haba badan. Cuma mungkin salji akan melekat pada bulu jaket (jika salji tengah turun). Tapi selalunya winter jaket jenis bulu ni bahagian dalamnya akan ada beberapa lapisan lagi. Jadi, walaupun hujan, kita tak basah pun.

Nyolon atau polyester pun okay. Harganya agak murah berbanding yang bulu. Yang macam ni elok pakai bila hujan-hujan.. atau bila suhu tak terlalu sejuk (tak ada salji).

Share this post
  ,


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *