Posts Tagged ‘telekung vietnam terbaru’

DSC_2684

Kami baru sahaja menerima stok baru dengan design baru – iaitu Telekung Vietnam Kerawang yang didatangkan dengan 10 kuntum bunga sulam timbul, kerawang menjalar ke atas di bahagian belakang.

Berikut merupakan antara contoh Telekung Vietnam Kerawang terbaru dari kami.

Klik di sini untuk lihat pelbagai lagi stok Telekung Vietnam menarik dengan sulaman yang sungguh indah. Cuma RM78 je!

telekung indonesia murah

Jika anda seorang yang gemarkan telekung yang selesa untuk solat, saya pasti anda biasa memilih atau mendengar pelbagai istilah yang digunakan bagi menggambarkan kain yang digunakan bagi membuat telekung tersebut.

Cotton Jepun dan Cotton Polino merupakan dua jenis cotton yang paling popular dikalangan penggemar telekung. Dituruti dengan kain Cotton Paris dan Cotton Rosella.

Cotton Jepun dikategorikan sebagai kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang paling halus, ringan selain berkualiti. Ianya selalunya digunakan bagi membuat kain telekung sulam goyang dan renda. Teksturnya sangat lembut menjadikannya sangat popular bagi yang mementingkan keselesaan. Harganya? Sudah tentu lebih mahal berbanding jenis cotton lain di pasaran.

Cotton Paris pula merupakan kain cotton yang sangat berkualiti, ringan dan halus. Ianya kedua popular selepas Cotton Jepun. Namun ia paling ringan dan mudah menggerbang apabila ditiup angin. Selalunya ia digunakan khusus bagi membuat kain telekung sulaman warna. Kainnya pula sedikit berkedut, tidak seperti Cotton Rosella.

Cottton Rosella merupakan cotton yang paling banyak digunakan dalam pembuatan telekung sulam yang berada di pasaran suatu ketika dahulu. Teksturnya ringan, tidak berkedut, licin. Yang menjadikan kepelbagaian telekung cotton rosella ialah bukan kerana kainnya, namun sulaman pada kain tersebut.

Cotton Polino merupakan cotton yang paling popular pada masa kini. Teksturnya tebal, tapi sejuk dan lembut membuatkannya tidak mudah menggerbang walaupun ditiup angin kipas. Ini menjadikkanya kegemaran ramai muslimah di Malaysia. Ia dibuat dari pilihan cotton berkualiti tinggi. Selalunya tampil dalam warna putih polos dan hiasan bungaan sulaman yang menarik. Sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin mengerjakan haji. Contoh: Telekung Indonesia

Cotton Silk merupakan material wajib bagi Telekung Vietnam, sejenis cotton yang licin dan lembut, kainnya jenis berat. Apabila dipakai, elok melurut ke bawah. Ia tidak mudah menggerbang walaupun ditiup angin kipas. Sangat selesa dan sesuai digunakan semasa solat wajib, solat terawih dan umrah/haji. Ia merupakan telekung paling laris dijual di www.telekung.com.my!

Glaze Spun Polyester merupakan kain yg digunakan bagi Telekung Siti Khadijah, Telekung Siti, Telekung Hadramawt dan beberapa jenis telekung lain lagi. Ianya merupakan kain putih kosong berasaskan polyester berkualiti tinggi (Gred A), sedikit berkilau dan sejuk, berat dan melurut ke bawah apabila dipakai.

DSC_1646

Kami baru sahaja menerima Telekung Vietnam Kerawang Eksklusif yang didatangkan dengan 30 kuntum bunga sulam timbul. Kerawang di sekeliling telekung dan dihiasi sulaman bunga yang menarik.

Cuma berharga RM100, dan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia. Kualiti terbaik dan kain yang berat, membuatkan solat anda lebih selesa kerana kain tidak mudah menggerbang jika terkena angin kipas.

InsyaAllah, jika permintaan menggalakkan akan kami tambah stok Telekung Vietnam Kerawang Eksklusif ini.