FREE SHIPPING ON ALL ORDERS RM 60 AND ABOVE!

10 tip beli telekung solat

Sekarang ni ada banyak jenis telekung dijual di pasaran. Ada macam-macam jenis material kain telekung. Ada yang lycra, cotton polino, cotton biasa, cotton paris, cotton jepun, lace, lycra, viscose dan seumpamanya.

Material kain ni memang ada banyak jenis. Sama seperti kain baju kurung kita juga lah kan. Ada yang lembut, ada yang berbulu. Sama juga dengan material tudung shawl dan bawal tu semua.

Sebab itulah ramai di kalangan pelanggan kami yang agak musykil dengan jenis telekung macam mana yang mereka patut beli supaya dapat solat dengan selesa.

Jadi saya kongsikan di bawah ni tip beli telekung yang perlu anda tahu. Supaya anda tak membazir duit beli telekung mahal-mahal tapi pakai tak selesa.

  1. Bukan kerawang yang diutamakan – kerawang pada telekung hanyalah hiasan. Selalunya orang beli telekung kerawang penuh sekeliling telekung untuk hantaran kahwin atau bertunang. Atau ada juga yang beli sebab cantik. Yang penting – mesti beli yang selesa. Kerawang tu kira bonus je lah. Yang kita nak – selesa.
  2. Bahagian muka ada lace ke tak ada lace? Itu pun pun tak penting. Tak ada lace pun tak apa. Ada pun tak apa. Tapi selalunya yang ada lace di kepala ni tak selesa sebab sedikit panas dan kadang-kadang tu, rasa gatal sikit sebab lace tu tak jahit elok jadi bebenangnya kena bahagian kulit kita.
  3. Material kain? Anda nak pakai kain telekung material apa? Yang penting jika beli yang kain cotton – pastikan bukan kain cotton macam kain baju sekolah budak-budak tu. Yang tu memang tak selesa. Selalunya kain cotton biasa begitu harganya murah. Boleh dapat bawah RM20 sepasang. Beli yang cotton paris, cotton jepun baru selesa. Biasanya yang material cotton paris/jepun harga agak mahal. Manakala kain cotton polino pula material kain yang digunakan untuk telekung vietnam. Cotton polino memang lembut dan sejuk. Kainnya juga elok melurut ke bawah bila pakai, jadi kain susah menggerbang
  4. Material kain lycra? Lycra ada banyak jenis sekarang. Viscose lycra pun ada. Jersey lycra pun ada. Yang jersey lycra kebanyakannya melekat pada tubuh, dan bila sujud atau rukuk, bahagian dagu tu tercabut. Lagi satu, bila kain tu melekat kat tubuh, tak sesuai untuk solat. Nampak bentuk-bentuk badan. Melainkan anda solat sorang dalam gelap, itu tak pa la. Kain jenis jersey lycra pulak mudah tanggal kat dagu bila rukuk. Sebab apa saya tak pasti, tapi itulah yang banyak pelanggan kami complen dulu, sebab tu sekarang dah tak jual dah yang kain jenis mudah tercabut bila rukuk/sujud.
  5. Bahagian pinggang kain telekung. Okay, ini pun penting. Kita tak nak bila elok-elok duk solat, kain terlondeh sebab tak ikat betul-betul.. Jadi eloknya pilih kain jenis bergetah dan bertali. Telekung Vietnam yang kami jual ada fungsi begini. Sebab tu ia kekal jadi best seller item since 2012.
  6. Telekung berpoket? Ini bergantung kepada keperluan masing-masing. Kalau setakat nak guna telekung untuk pakai semasa solat di rumah, rasanya tak perlu telekung berpoket. Lagipun, tak selesa nak sujud dan rukuk bila ada poket ni. Katakan lah anda nak pergi haji/umrah pun, selalunya kena bawa beg kecil yang disediakan Tabung Haji tu.
  7. Ketebalan kain – yang moleknya kain yang tak terlalu tebal macam langsir tu. Hehe yang nipis sangat pun tak boleh juga, karang nampak bayang kulit kat dalam. Pilih yang berpada-pada.
  8. Telekung yang ada carry-on bag? Perlu ke tidak telekung ber bag ni pun bergantung kepada keperluan anda. Kalau hari-hari nak bawa 1 beg telekung pergi balik pejabat, memang sesuai. Atau nak letak dalam kereta untuk dipakai bila travel pun boleh juga. Kalau anda tak ada bag telekung pun, boleh je letak telekung tu dalam beg mana-mana yang ada di rumah. Tak semestinya telekung mesti buh dalam beg telekung.
  9. Telekung berwarna – jika dulu, telekung di Malaysia ni hanya ada warna putih je. Sekarang tak lagi. Dah ada macam-macam warna di pasaran. Pilihlah warna-warna yang anda berkenan. Tak jadi masalah. Ada orang cakap, pakai telekung warna terang-terang boleh ganggu solat orang lain. Saya tak setuju. Orang lelaki pakai baju warna macam-macam, tapi tak jadi isu pun. Takkan kita orang perempuan bila pakai telekung warna-warni boleh ganggu orang lain pula.
  10. Telekung travel – bila travel, telekung ni memang satu kemestian bagi kita wanita muslim. Persoalannya, nak beli telekung travel yang macam mana? Bab telekung travel pun ada banyak jenis juga. Tapi selalunya, saya buat begini. Saya hanya bawa telekung sahaja. Bahagian kain, saya tinggal di rumah. Jadi, bila solat, saya pakai telekung dan seluar/skirt. Bahagian kaki pula pakai stokin panjang. Katakan anda memang nak beli telekung travel, saya kongsi tip di bawah ya:
    1. Pilih kain ringan dan mudah dilipat supaya senang diselit dalam bag – kain polyester, parachute cuma kain-kain jenis nipis ni mudah menggerbang bila ditiup angin. Nak solat tepi pantai, tak sesuai.
    2. Telekung kecil dan 1 pouch kecil untuk sumbat telekung dalam luggage/carry-on/backpack. Jika travel secara backpacker, saya cadang hanya bawa mana-mana telekung yang anda dah ada di rumah. Tak payah bawa kain, so pakai stokin bersih dan seluar/skirt yang bersih bila solat.
    3. Jika travel style Rozita Che Wan, bawalah telekung banyak pasang pun tak apa.
    4. Jika travel style mak-mak, bawa je telekung mana yang ada di rumah. Tak perlu beli baru, jangan membazir.

 

Share this post
  , , , , , , , ,


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *